Monday, February 23, 2009

dulu dah lompat, sekarang lompat lagi ke?

cadangan umno kelantan supaya dato ibrahim ali menyertai kembali umno sangatlah disokong oleh saya. ini kerana sebagai wakil rakyat bebas perjuangan politik beliau dilihat tidak berapa jelas. seperti yg anda semua tahu dato ibrahim ali asalnya adalah ahli umno kalau tak salah saya. apabila beliau bertanding sebagai bebas umno telah menggantung keahlian beliau seumur hidup. kini beliau telah pun dibebaskan dari umno. seandainya beliau ingin kembali kepada umno sanggupkah parti itu menerimanya kembali. ini adalah kerana beliau dilihat seperti menikam umno dari belakang apabila keluar parti. jika umno menerima beliau kembali bermakna jadilah beliau seperti adun bota yg keluar masuk parti sesuka hati. dimanakah prinsip umno seperti yg di perjuangkan oleh khairy jamaluddin. sebenarnya saya amat tidak bersetuju dengan tindakan beliau untuk menjadi calon bebas. dato ibrahim ali bukanlah orang sembarangan. akan tetapi pepatah melayu ada menyebut terlajak kata binasa terlajak perbuatan tanggunglah sendiri. agaknya pada pilihanraya yg akan datang dapatkah beliau mempertahankan kerusi beliau. pas negeri sudah pun menyatakan pendirian mencabar beliau supaya meletak jawatan bagi menguji sokongan rakyat pada beliau.

No comments:

About Me

My photo
Puchong, Selangor, Malaysia